Monday, July 7, 2008

Fungsi Hormon Utama Dalam Sistem Endoktrin

Hormon membantu dan memastikan tumbesaran manusia yang lebih sempurna dengan mengawal dan memastikan fundsi dan koordinasi setiap organ.

Hormon mengawal proses metabolisma dan membolehkan pencapaian kesihatan yang lebih baik. Malangnya setelah manusia mencecah umur 25 tahun, penghasilan hormon mulai merosot.
Hormon-hormon utama dalam sistem endoktrin :
  1. Human Growth Hormone (HGH)
  2. Melatonin
  3. Thyroid gland hormone
  4. Insulin
  5. DHEA
  6. Oestrogen
  7. Corpus luteum hormone
  8. Testis hormone

1. Human Growth Hormone (HGH) / Hormon Tumbesaran Manusia (HTM)

HTM dirembes oleh kelenjar pituitari sejak kita di lahirkan. Rembesan maksima HTM berlaku pada peringkat baligh dan berkurangan sebanyak 14% bagi setiap 10 tahun selepas itu. Penemuan sains telah menunjukkan badan kita memerlukan hormon ini dalam seumur hidup kita. Berikut merupakan penjelasan bagi peranan HTM dalam badan kita:

  • Tumbesaran manusia khususnya pada peringkt kanak2.
  • Tumbesaran tulang sehingga umur 25 tahun
  • Mengekalkan kesihatan badan dan penghasilan tisu.
  • Melakukan proses rejunavasi, menebalkan tisu kulit, tulang yang kuat dan otot yang sempurna
  • Meningkatkan keupayaan seksual dan daya ketahanan semula jadi.

2. Melatonin

Melatonin dirembes oleh kalenjar pineal dan mempunyai fungsi seperti pil tidur. Orang tua yang tidak dapat tidur dengan nyenyak biasanya disebabkan oleh kekurangan rembesan bahan melatonin. Ahli sains jarang memberi perhatian kepada kepentingan rembesan ini pada zaman lepas. Walaupun begitu, melatonin adalah penting untuk :

  • Memperbaiki kualiti tidur pada waktu malam

  • Melegakan tekanan yang di sebabkan oleh perbezaan masa, contohnya keletihan dan kebolehan mengenali arahtuju (direction)

  • Mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan dan kesan-kesan sampingan metabolism.

3. Hormon Kalenjar Tiroid

Hormon kalenjar tiroid dirembes oleh kalenjar tiroid pada bahagian hadapan leher. Ia merupakan hormone yang dikenali ramai kerana kekurangan hormone ini boleh mengakibatkan kelembapan otak, kegemukkan, kulit dan rambut yang kurang bermaya dan kemungkinan juga jangkitan penyakit jantung.

Fungsi utamanya:-

  • Membantu tumbesaran normal dan fungsi otak pada peringkat bayi.
  • Membantu tumbesaran normal organ dan tisu kanak-kanak.
  • Menjamin metabolisma sel, tisu dan organ.

4. Insulin

Insulin dirembes oleh “islets-of-langerhans”, sejenis sel yang terdapat dalam organ pancreas. Di dalam tubuh kita, metabolisma glukosa biasanya dikawal oleh insulin. Rembesan insulin berkaitrapat dengan paras glukosa di dalam darah. Kekurangan insulin boleh menyebabkan kandungan gula yang tinggi didalam darah. Ini menyebabkan ketidakseimbangan glukosa dan akhirnya mengakibatkan penyakit kencing manis.

Fungsi insulin:-

  • Membantu pembakaran dan penyerapan glukosa oleh sel badan
  • Mengimbangkan paras glukosa didalam darah dan mencegah kencing manis.
  • Membantu sel menyimpan tenaga dalam bentuk glukosa didalam hati
  • Membantu proses penyimpanan glukosa berlebihan dalam bentuk lemak didalam hati.

5. DHEA
DHEA dirembes oleh kalenjar renal dan merupakan sejenis hormone steroid yang kaya didalam tubuh manusia. Ia terlibat dalam penghasilan hormone seksual iaiutu oestrogen dan hormone testis.

Fungsi DHEA:-

  • Meningkatkan daya ketahanan dan mencegah jangkitan bacteria.
  • Mengekalkan fungsi hati dan organ-organ lain.
  • Menjaga kestabilan dan keseimbangan tekanan darah dan paras hormon. (Contoh: hormone seksual)
  • Pencegahan kencing manis pada orang dewasa.
  • Pencegahan barah


6. Oestrogen
Oestrogen merupakan hormone yang penting bagi wanita dan ia dirembes didalam ovari. Bagi kaum lelaki pula, oestrogen di rembes pada testis tetapi rembesannya adalah sedikit.

Fungsi oestrogen:-

  • Mengawal fungsi otak
  • Mencegah masalah menopos (putus haid yang melebihi 12 bulan, biasanya mula berlaku diantara umur 45 – 50)
  • Menjamin pertumbuhan tisu yang sihat termasuk kecekangan dan kelembapan


7. Hormon Corpus Luteum
Hormon Corpus Luteum ialah satu lagi hormone penting bagi kaum wanita. Semasa wanita mencapai umur subur, hormone ini membantu uterus menyediakan keadaan yang sesuai untuk mengandung.

Fungsinya termasuk:-

  • Membantu tumbesaran dan penebalan membrane uterus semasa berlakunya kitaran haid.
  • Semasa penghamilan, hormone ini membantu tumbesaran uterus
  • Membantu tumbesaran tisu payu dara
  • Mencegah penyakit barah rahim pada peringkat menopos.


8. Hormon Testis
Hormon testis ialah hormone seksual terpenting untuk lelaki. Lelaki yang berumur antara 40 – 47 mengalami kekurangan hormone ini sebanyak 1% setiap tahun. Fenomena ini agak menyerupai fenomena menopos putus haid pada wanita.

Fungsi hormone testis:-

  • Mengawal keinginan berserks (lelaki dan wanita)
  • Merangsang tumbesaran otot, tulang, kulit dan organ seks
  • Merangsang tumbesaran rambut, janggut dan organ kelakian.
  • Menambah baik fungsi otak dan penglihatan, daya pemahaman dan penglihatan serta naluri ruang.



No comments: